RUMUSAN
Pendidikan di Malaysia telah melalui suatu tempoh yang panjang bermula sejak era masyarakat Melayu tradisional menerusi pendidikan informal dan sistem pendidikan pondok. Pendidikan semakin berkembang ketika era penjajahan Inggeris apabila sekolah vernakular diperkenalkan. Pendidikan di Malaysia telah berkembang pesat menerusi pelbagai bentuk reformasi, transformasi dan pembangunan pendidikan. Pendidikan di Malaysia kini berada di landasan yang tepat untuk memacu negara ke arah status negara maju. Malaysia juga tergolong dalam 5 negara paling selamat di dunia.

